Kek Lemon Meringue

Resepi yang klasik ini amat popular pada musim perayaan dengan rasa lemonnya yang enak dan menyegarkan. Kek ini dilapis dengan inti lemon curd yang disediakan sendiri dan diakhiri dengan frosting meringue Swiss bakar yang keemasan. Penyediaan kek ini semestinya akan meriakan lagi musim Krismas ini!

Pastikan untuk mendapatkan tekstur kek lemon meringue yang sempurna dengan menggunakan telur yang berkualiti. Kami menggunakan telur QL Deli Fresh yang terdapat dari pasaraya-pasaraya terkemuka di Malaysia. Telur QL Deli Fresh mengandungi kolestrol sehingga 40% lebih rendah berbanding telur biasa, menjadikannya pilihan yang baik bagi kesihatan anda.

 

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 45 minit
Menghasilkan: kek 7 inci

Bahan-bahan

Untuk campuran kek:
140 gtepung kek, diayak
1 ½ sudu tehserbuk penaik
¼ sudu tehgaram
4 bijikuning telur QL Deli Fresh
100 ggula halus
1 sudu tehparutan kulit oren
1 sudu tehparutan kulit lemon
75 mljus oren segar
30 mljus lemon segar
100 mlminyak sayur
4 bijiputih telur QL Deli Fresh
50 ggula halus
⅛ sudu tehkrim tartar
Untuk inti lemon curd:
4 bijikuning telur QL Deli Fresh
½ bijiparutan kulit lemon
60 mljus lemon
90 ggula
60 gmentega tanpa garam
Untuk Swiss meringue:
5 bijiputih telur QL Deli Fresh
200 ggula
⅛ sudu tehkrim tartar
½ sudu tehesen vanila

Langkah Penyediaan

  1. Untuk campuran kek dan memasang, panaskan ketuhar kepada 160 darjah C. Campurkan bersama tepung, serbuk penaik dan garam, dan biarkan seketika.
  2. Pukulkan kuning telur QL Deli Fresh sehingga pekat dan pucat. Tambahkan parutan kulit dan jus secara beransuran dengan campuran tepung. Alirkan minyak sayur dengan perlahan dan pukul sehingga sebati. Biarkan seketika.
  3. Dalam mangkuk yang bersih, pukul bersama putih telur QL Deli Fresh, krim tartar dan gula pada kelajuan tinggi sehingga puncak lembut dicapai.
  4. Lipatkan masuk sesuku campuran putih telur kepada campuran kuning telur. Lipatkan masuk baki campuran putih telur dengan berhati-hati agar tidak memecahkan tekstur campuran. Tuangkan ke dalam tin kek yang dialas dengan kertas parchment dengan perlahan. Bakar sehingga kek perang keemasan dan lidi keluar licin bersih bila dicucuk, selama lebih kurang 40 minit.
  5. Keluarkan kek dari ketuhar dan terbalikkan dengan serta-merta. Biarkannya menyejuk di dalam tin kek. Terbalikkannya kepada papan kek dan hiris dengan menggunakan pisau bergerigi secara mendatar kepada 3 lapis. Sapukan setengah inti lemon curd kepada lapisan dasar, dan tutupkan dengan lapisan tengah. Sapukan baki inti kepada lapisan tengah dan tutupkan dengan lapisan atas. Sejukkan di dalam peti sejuk semalaman, atau sehingga ia sedia.
  6. Panaskan ketuhar kepada 200 darjah C. Sediakan meringue, sapukan ke seluruh permukaan kek dengan spatula icing. Bakar sehingga meringue perang di sisinya, selama lebih kurang 5 minit. Alihkan kepada piring dan sajikan dengan serta-merta.
  7. Untuk inti lemon curd, gabungkan kuning telur QL Deli Fresh, parutan lemon, jus lemon, mentega dan gula di dalam kuali. Panaskan atas api sederhana, dan kacau berterusan dengan pemukul dawai. Pastikan anda kacau sisi dan dasar kuali. Masak sehingga campuran cukup pekat untuk menyelaputi sudu. Biarkannya menyejuk untuk sekurang-kurangnya sejam sebelum menggunakannya.
  8. Untuk Swiss meringue, panaskan kuali atas api yang rendah. Gabungkan putih telur QL Deli Fresh, gula dan krim tartar. Tuangkan ke dalam kuali. Pukul dan kacau secara berterusan sehingga gula larut dan putih telur menjadi suam bila disentuh, lebih kurang 2-3 minit. Berhati-hati agar putih telur tidak menjadi masak. Pindahkan campuran ke dalam mangkuk dengan pantas dan pukulkan (whisk) campuran pada kelajuan tinggi sehingga puncak berkilat dicapai, lebih kurang 10 minit. Tambahkan vanila dan kacau sehingga sebati. Gunakan dengan serta-merta.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author