Pocky stick adalah snek enak yang sesuai dimakan bila-bila dan di mana-mana sahaja sebagai kudap-kudapan semasa berjalan ataupun bersahaja. Namun begitu, daripada membelinya di kedai, apa kata anda cuba membuatnya sendiri di rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah bahan-bahan ringkas untuk bahagian biskut dan coklat untuk menyaluti bebatang biskut itu.
Masa penyediaan: 25 minit
Masa memasak: 25 minit
Menghasilkan: 25 - 28 batang
Bahan-bahan
40 g | mentega, dilembutkan |
---|---|
50 g | gula |
1 biji | telur QL DeliFresh (berat bersih 50g) |
¼ sudu teh | esen vanila |
125 g | tepung biasa |
½ sudu teh | serbuk penaik |
¼ sudu teh | garam |
1 sudu teh | air |
150 g | coklat masakan |
Langkah Penyediaan
- Pukulkan bersama mentega dan gula sehingga campuran ringan dan pucat.
- Tambahan telur dan vanila, dan teruskan memukul sehingga ramuan sebati.
- Ayakkan bersama tepung, serbuk penaik dan garam. Lipatkan masuk ke dalam campuran telur.
- Tambahkan air dan pukul hingga sebati.
- Panaskan ketuhar kepada 170°C.
- Masukkan adunan ke dalam beg memaip. Jika adunan terlalu lembut, sejukkan di dalam peti beku selama 10 minit untuk mengeraskan adunan sedikit (jangan biarkannya di dalam peti beku terlalu lama kerana ia akan terlalu keras)
- Paipkan adunan berbentuk batang setebal 1 cm yang kepanjangannya lebih kurang 13 cm ke atas dulang biskut yang telah dialas dengan kertas parchment.
- Bakar selama 20 – 25 minit sehingga pocky stick perang keemasan. Biarkannya menyejuk setelah masak.
- Cairkan coklat dan celupkan setiap pocky stick ke dalam coklat cair sehingga menyelaputi tiga suku bebatang. Taburkan kacang yang dicincang halus atau sprinkles ke atas coklat jika suka. Biarkan pocky stick di atas kertas parchment sehingga coklat kental. Simpan di dalam bekas yang kedap udara.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.