Kek Nanas Terbalik

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 35 minit
Menghasilkan: 1 kek

Bahan-bahan

Topping:
50 gmentega, dilembutkan
50 ggula perang lembut
1 tinnanas dengan sirap, 1 keping bulat and yang lain dipotong dua
Ceri glacé
Kek:
200 gmentega, dilembutkan
200 ggula kastor emas
200 gtepung penaik
2 sudu tehserbuk penaik
2 sudu tehesen vanila
4 bijitelur QL Omega
2 sudu besarsirap nanas

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar ke suhu 180°C
  2. Untuk menyediakan topping, pukulkan mentega dan gula bersama sehingga berkrim. Sebarkan adunan ke atas kek tin 12 inci.
  3. Susunkan nanas yang dipotong dua di atas adunan seperti satu pusaran, kemudian letakkan kepingan yang bulat di tengah. Letakkan ceri di tengah kepingan nanas.
  4. Untuk membuat adunan kek, pukulkan gula dan mentega sehingga gebu. Tambahkan Telur QL Omega satu per satu dan diikuti dengan bahan-bahan yang lain.
  5. Pukulkan adunan sehingga lembut. Tuangkan adunan ke atas kepingan nanas.
  6. Bakar dalam ketuhar selama 35 minit. Biarkan sejuk untuk 5 minit kemudian terbalikkan tin kek ke atas pinggan. Hidangkan dengan ais krim.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author