Bebola Ikan Emas Berkrim

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 15 minit
Sajian untuk: 6-8

Bahan-bahan

500 gBebola Ikan Goreng Beku MUSHROOM (S), dinyahbeku
4 bijikuning telur masin, direbus selama 5 minit dan dilenyekkan
3 ulasbawang putih, dicincang halus
300 mlsusu sejat
3 helaidaun limau purut, dihiris nipis
2 sudu tehgula
2 sudu besarmentega
1 sudu besarminyak
Daun ketumbar
Cili segar, dihiris
Daun limau purut

Langkah Penyediaan

  1. Di dalam kuali yang dalam, panaskan minyak dan mentega dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  2. Tambahkan telur masin dan susu sejat. Teruskan mengacau. Setelah ia mendidih dan memekat, tambahkan masuk Bebola Ikan Goreng MUSHROOM dan gaul sebati
  3. Tambahkan gula dan kacau lagi untuk beberapa minit, dan pastikan setiap Bebola Ikan Goreng MUSHROOM diselaputi dengan sos.
  4. Alihkan dari api dan tambahkan daun limau purut.
  5. Hiaskan dengan ketumbar, cili segar dan daun limau purut sebelum disaji.

 

Petua QL Chef:

  • Untuk kepedasan tambahan, gunakanlah cili padi.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author