Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 8 minit
Sajian untuk: 4
Bahan-bahan
4 biji | telur QL Omega |
---|---|
4 sudu besar | keju cheddar |
Garam dan lada secukup rasa | |
Parsli untuk hiasan |
Langkah Penyediaan
- Asingkan telur QL Omega. Letakkan putih telur di dalam mangkuk yang besar dan kuning telur di dalam mangkuk yang kecil. Pastikan bahawa kuning telur tidak pecah.
- Di dalam mangkuk, pukulkan putih telur QL Omega sehingga puncak yang tegar terbentuk.
- Sudukan campuran kepada 4 timbun di atas dulang yang telah dialas dengan kertas parchment, dan bentukkan perigi di tengah setiap satu timbun.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 170 °C selama 4 minit. Kemudian, tambahkan 1 biji kuning telur QL Omega ke dalam setiap perigi dengan cermat. Taburkan keju cheddar ke atasnya.
- Perisakan dengan garam dan bakar selama 3 – 4 minit.
- Taburkan dengan lada dan parsli sebelum menyaji.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.