Biskut Cip Coklat Walnut

Dengan musim Christmas kini menjelang, ia masa yang baik untuk mengeluarkan perkakas membuat kek anda untuk menyediakan resepi chocolate chip cookies yang mudah ini. Hasilnya…hadiah yang lazat dan sempurna untuk Christmas.

Christmas adalah musim yang maraihkan semangat memberi dan berkongsi. Apalah lagi yang lebih sempurna daripada hadiah lazat yang dibuat sendiri? Chocolate chip cookies dengan kacang walnut ini adalah hadiah yang sempurna bagi tujuan ini, dan usaha anda untuk menyediakannya semestinya akan dihargai. Dalam masa kurang daripada sejam dan dengan beberapa ramuan sahaja, biskut yang lazat dan cantik ini sedia sebagai hadiah untuk si kesayangan anda.

Amalkanlah gaya hidup yang lebih sihat dengan menggunakan telur QL Deli Fresh yang mengandungi kandungan kolestrol yang rendah (sehingga 40% lebih rendah berbanding telur biasa) Gabungkan bersama dengan beberapa lagi ramuan yang senang didapati seperti tepung biasa, mentega, baking powder, cip coklat gelap dan putih, gula perang dan kastor, serta diperisa dengan sedikit esen vanila.

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 30 minit
Menghasilkan: Untuk 35 – 40 cookies

Bahan-bahan

150 gtepung biasa
1 sudu tehbaking powder
Secubit garam
80 gmentega, dipotong dan dibiar lembut pada tahap suhu bilik
50 ggula perang lembut
50 ggula kastor
1biji telur QL Deli Fresh
1 sudu tehesen vanila
50 gcip coklat gelap
50 gcip coklat putih
60 gcebisan kacang walnut potong

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan dahulu ketuhar kepada 180 C. Alaskan 2 tin pembakar dengan kertas parchment atau kek, ataupun sapukan tin dengan mentega.
  2. Ayakkan bersama tepung biasa, baking powder dan garam dalam mangkuk bersaiz sederhana, dan biarkan seketika.
  3. Pukulkan mentega dengan gula perang dan kastor dengan pemukul elektik sehingga sebati.
  4. Pukulkan masuk telur dan esen vanilla sehingga sebati
  5. Gunakan sudu spatula kayu atau plastic untuk melipatkan masuk campuran tepung.
  6. Gaulkan masuk 2/3 cip coklat gelap dan putih dan kacaukan seketika. Kemudian tambahkan 2/3 cebisan kacang walnut.
  7. Gunakan dua sudu teh untuk membentukkan cookie ke atas tin pembakar yang telah dialas tadi. Ratakan cookie dengan sebelah belakang sudu atau garpu. Biarkan ruang sekurang-kurangnya 1 inci di antara setiap cookie kerana ia akan mengembang bila dibakar nanti.
  8. Taburkan baki cip coklat dan kacang walnut ke atas cookie sebelum membakar.
  9. Bakarkan cookie selama 20-25 minit atau sehingga ianya perang keemasan. Alihkan cookie ke atas rak dawai untuk ia menyejuk secukupnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara atau dibungkus sebagai hadiah.

Petua QL Kitchen:

  • Anda boleh menggantikan kacang walnut dengan kacang lain seperti kacang badam, kacang pecan atau kacang hazel.
  • Gula kastor boleh digantikan dengan gula perang lembut jika suka.

Telur QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

About the author