Kaya dengan rasa mentega dan berkacang, biskut kacang gajus yang tradisional lagi klasik ini penuh dengan kebaikan semulajadi. Selain rasanya yang tak jemu-jemu, ini salah satu biskut yang wajib ada bagi musim perayaan ini.
Telur adalah penting bila membuat biskut. Bila biskut sedang membakar, ia memberi biskut stuktur yang baik dan kuning telur memberinya rasa yang kaya lagi enak. Pastikan anda menggunakan telur yang berkualiti bagi biskut kacang gajus anda, dan kami mengesyorkan anda menggunakan telur QL Omega.
Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 15 hingga 20 minit
Menghasilkan: 60 keping biskut
Bahan-bahan
250 g | mentega | |
---|---|---|
130 g | gula aising | |
1½ | kuning telur QL Omega | |
¼ sudu teh | esen vanila | |
½ sudu teh | garam | |
360 g | tepung biasa | |
150 g | kacang gajus kisar | |
60 g | serbuk kustard | |
½ sudu teh | serbuk penaik | |
Untuk menyapu | ||
3 | kuning telur QL Omega, dipukul | |
⅛ sudu teh | garam | |
Untuk perhiasan | ||
100 g | kacang gajus, dibelah tengah |
Langkah Penyediaan
- Pukulkan bersama mentega, gula aising, kuning telur QL Omega, esen vanila dan garam sehingga sebati.
- Gaulkan masuk tepung biasa, kacang gajus kisar, serbuk kustard dan serbuk penaik sehingga adunan sedia.
- Letakkan adunan di antara 2 helaian plastik, dan gulingkan sehingga ketebalan ½ cm. Potong kepada bentuk yang disukai dengan menggunakan pemotong biskut.
- Bakar di dalam ketuhar pada 160°C sehingga 15 – 20 minit atau sehingga perang keemasan.
- Biarkan biskut menyejuk di atas rak dawai.