Nasi Goreng Thai

Selain daripada nasi, bahan utama dalam resepi Nasi Goreng Thai ini adalah Kueh Ikan Rasa Thai FIGO, yang diperbuat daripada surimi berkualiti (daging ikan yang penuh dengan protein), dan kacang buncis. Ramuan inilah yang memberi nasi goreng ini rasa gourmetnya. Kandungan proteinnya memastikan anda merasa kenyang jauh lebih lama, sesuai untuk menampung keperluan berpuasa sepanjang hari.

Gorengkan beras dengan bawang kecil yang banyak untuk mengeluarkan aroma manis harum, dan cili merah cincang berserta dengan hirisan purut daun limau untuk citarasa Thai asli. Anda boleh menambah atau mengurangkan tahap rempah bergantung pada citarasa anda. Jika anda suka, anda boleh menambah dalam satu atau dua sudu pes Tom Yam untuk kepedasan Thai tambahan!

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 10 minit
Sajian untuk: 4

Bahan-bahan

4 cawannasi yang sejuk
2 sudu besarminyak masak
5 bijibawang kecil, dihiris halus-halus
½ paket Kueh Rasa Ikan Thai FIGO, dinyahbeku dan dihiris
3 batangdaun bawang, dimayang
2 helaidaun limau purut, dimayang
1 batangcili merah, dicincang
2 sudu besarsos ikan
1 sudu besarkicap cair
Garam dan lada putih secukup rasa

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis bawang merah sehingga baunya naik. Masukkan hirisan Kueh Ikan Rasa Thai FIGO dan goreng seketika.
  2. Tambahkan sos ikan dan kicap cair, dan kacau sebentar.
  3. Masukan nasi dan goreng selama 3 – 5 minit. Tambahkan 1 – 2 sudu besar air jika perlu.
  4. Taburkan daun limau purut, daun bawang dan cili merah, dan goreng selama 1 – 2 minit lagi.
  5. Matikan api, hidangkan serta merta dengan sambal belacan atau sos cili Thai.

Petua QL Kitchen

 Sekiranya anda berminat, anda boleh campurkan sedikit pes Tom Yam semasa mengoreng bawang kecil untuk menghasilkan versi Nasi Goreng Tom Yam.

 

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.

 

About the author