Pancake Pistachio Dengan Krim

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 30 minit
Sajian untuk: 3 - 4 orang

Bahan-bahan

Untuk Pancake Pistachio
140 gtepung biasa
1⁄3 cawankacang pistachio, dicincang halus
2 sudu besargula
1 sudu tehserbuk penaik
1 sudu tehsoda bikarbonat
¼ sudu tehgaram
2 bijitelur QL Omega, dipukul ringan
1 ¼ cawansusu
1 sudu tehesen vanila
2 sudu besarmentega tanpa garam, dicairkan
Untuk topping
Whipped cream
240 mlwhipping cream
1 sudu tehesen vanila
4 sudu besargula
segenggam pistachio cincang

Langkah Penyediaan

  1. Untuk menyediakan pancake pistachio, gabungkan semua ramuan kering di dalam mangkuk yang besar.
  2. Tambahkan telur QL Omega, susu, esen vanila dan mentega. Pukulkan sehingga licin dan sebati.
  3. Panaskan kuali atas api sederhana dan sapukan sedikit mentega.
  4. Tuangkan ¼ cawan adunan ke dalam kuali dan masak sehingga bebuih muncul pada bahagian atas pancake. Terbalikkan pancake dan masak untuk selama seminit lagi. Ulangi untuk baki adunan.
  5. Untuk menyediakan whipped cream, pukulkan bersama whipping cream, esen vanila dan gula sehingga puncak lembut dicapai.
  6. Sajikan pancake pistachio dengan whipped cream dan hiasi dengan pistachio cincang.

About the author