Quiche Ham Ayam & Cendawan Mini

Cawan-cawan telur yang comel dan rangup ini sememangnya lazat – kami harap anda akan menikmati resepi quiche mini yang mudah ini!

Anda boleh memanggilnya cawan telur savori atau mafin savori, tetapi kami lebih suka memanggilnya quiche mini. Bahagian pastri untuk resepi quiche mini ini digantikan dengan Pastri Spring Roll Figo, menjimatkan masa dan usaha anda (ia boleh siap sedia dalam masa kurang dari 40 minit!).

Anda boleh memanggilnya cawan telur savori atau mafin savori, tetapi kami lebih suka memanggilnya quiche mini. Bahagian pastri untuk resepi quiche mini ini digantikan dengan Pastri Spring Roll Figo, menjimatkan masa dan usaha anda (ia boleh siap sedia dalam masa kurang dari 40 minit!).

Jika tak habis, anda hanya perlu menyimpannya di dalam bekas yang bertutup di dalam peti sejuk, dan panaskan selama 10 mint di dalam ketuhar untuk pastrinya rangup semula.

 

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 15 - 20 minit
Menghasilkan: 12 quiche mini

Bahan-bahan

12 helaiPastri Spring Roll Figo (7.5”)
4 kepingHirisan Ayam Figo, dipotong kecil
6 – 8 bijicendawan butang tin, dipotong suku
½ bijibawang kecil, dicincang
2 sudu besarkeju Parmesan atau cheddar parut
1 sudu besarmentega cair (untuk memberus)
1 sudu besardaun parsli cincang (terpulang, sebagai perhiasan)
(A):
2 bijitelur QL Omega
100 mlsusu segar atau UHT (biasa)
2 sudu besarkeju Parmesan atau cheddar parut
Garam dan lada (secukup rasa)
Secubit thyme atau oregano kering (terpulang)

Langkah Penyediaan

  1. Lipatkan suku Pastri Spring Roll Figo dan masukkan ke dalam dua tin mafin berlubang 6, atau satu tin berlubang 12.
  2. Beruskan bahagian bawan cawan pastri spring roll dengan sedikit mentega cair untuk mengelakkannya dari melekat.
  3. Bahagikan Hirisan Ayam Figo, bawang, cendawan dengan serata ke dalam cawan-cawan pastri spring roll.
  4. Pukulkan bahan-bahan (A) dalam jag pengukur sehingga sebati dengan menggunakan pemukul dawai.
  5. Tuangkan (A) ke atas bahan-bahan di dalam cawan pastri, agihkan dengan serata antara semua cawan pastri.
  6. Tuangkan (A) ke atas bahan-bahan di dalam cawan pastri, agihkan dengan serata antara semua cawan pastri.
  7. Keluarkan dari ketuhar, taburkan dengan parsli cincang (terpulang), hidangkan dengan serta-merta.

 

Petua QL Kitchen:

  • Resepi quiche mini ini mudah diubahsuai! Tambahkanlah ramuan kegemaran anda yang lain seperti tomato cincang, lada Bengala dan bayam.

 

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai produk QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author