Kebanyakan penggemar durian semestinya jatuh cinta dengan resepi durian crepe ini pada suap yang pertama. Dengan lapisan crepe yang nipis lagi ringan, menyaluti durian yang kaya berkrim serta krim segar, amboi sedapnya! Setiap suap resepi durian crepe yang enak ini dipenuhi aroma dan rasa istimewa si buah kebangsaan Malaysia. Tentunya nak lebih lagi!
Kini adalah masa yang sesuai untuk mencuba resepi durian crepe ini memandangkan kami kini di pertengahan musim durian. Lebih-lebih lagi, harga durian ini lebih murah berbanding dengan tahun lalu oleh kerana hasil yang lumayan tahun ini. Untuk memastikan crepe anda ringan, pastikan untuk menggunakan telur QL Deli Fresh, yang mengandungi kolestrol 40% lebih rendah berbanding telur biasa, dan ianya bebas dari pewarna tiruan! Ianya boleh didapati di mana-mana pasaraya yang terkemuka.
Bahan-bahan
250 g | tepung Hong Kong |
---|---|
69 g | gula |
300 g | telur QL Deli Fresh (kuning dan putih telur – telur penuh) |
60 g | kuning telur QL Deli Fresh |
600 g | susu |
15 g | mentega |
250 g | krim penuh |
500 g | durian |
Langkah Penyediaan
- Pukulkan krim dan biarkan menyejuk di dalam peti sejuk
- Kupaskan isi durian dan ledakkan sedikit dengan menggunakan sepasang penyepit. Sejukkannya juga.
- Campurkan telur QL Deli Fresh (telur penuh) dan gula dengan pemukul dawai. Tambahkan tepung dan kacau dengan serata.
- Tambahkan baki kuning telur QL Deli Fresh dan tuangkan masuk susu sedikit demi sedikit.
- Cairkan mentega di dalam ketuhar gelombang dan biarkan menyejuk.
- Tambahkan mentega cair ke dalam campuran crepe.
- Panaskan kuali kalis lekat, tuangkan sedikit campuran crepe ke dalam kuali dan masak sehingga ianya sedia.
- Balutkan isi durian dan krim.
- Hidangkan sejuk.
Petua QL Kitchen:
Cubalah untuk menghasilkan crepe yang senipis boleh untuk rasa yang lebih memuaskan, tetapi berhati-hati agar tidak mengoyakkan crepe.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.