Hidangan makan malam Tahun Baru Cina dari kami! Hiburkan dan tarik perhatian tetamu anda dengan hidangan makanan laut yang mengiurkan dengan kebaikan steamboat.
Pilih dan ambil dari berbagai-bagai pilihan sayuran dan daging yang disusun di dalam bakul keladi yang rangup.
Masa penyediaan: 60 minit
Masa memasak: 30 minit
Sajian untuk: 4 - 5
Bahan-bahan
Bakul Keladi: | ||
---|---|---|
300 g | keladi, dipotong kiub | |
1 sudu teh | garam | |
2 sudu teh | gula | |
½ sudu teh | serbuk lime rempah | |
¼ sudu teh | lada sulah | |
1 sudu besar | shortening | |
5 sudu besar | kanji gandum | |
t sudu besar | air mendidih | |
2 sudu besar | minyak | |
Minyak untuk menggoreng | ||
Perapan Bahan Steamboat: | ||
1 sudu teh | kicap cair | |
½ sudu teh | garam | |
½ sudu teh | lada sulah | |
3 sudu besar | minyak | |
1 sudu besar | tepung jagung | |
Inti Kong Po: | ||
250 g | Pilihan Steamboat 6-dalam-1 MUSHROOM | |
2 sudu besar | minyak | |
20 g | bawang putih, dicincang | |
1 | bawang merah, dipotong baji | |
3 | cili kering, dipotong kepada panjang 1 inci | |
40 g | lada Benggala hijau | |
2 sudu besar | kicap cair | |
1 sudu besar | sos tiram | |
2 sudu besar | kicap pekat | |
2 sudu teh | gula | |
2 sudu besar | cuka hitam | |
6 sudu besar | air | |
60 g | Sashimi Snow Crab MUSHROOM | |
20 g | daun bawang, dipotong kepada panjang 2-inci | |
30 g | kacang gajus panggang | |
Minyak masak untuk menggoreng | ||
Soun Rangup (Hiasan): | ||
50 g | soun Kering |
Langkah Penyediaan
- Untuk bakul keladi, rebuskan (steam) keladi selama 15 minit atau sehingga lembut.
- Lenyekkan keladi bersama garam, gula, serbuk lima rempah, lada sulah, shortening, kanji gandum, air mendidih dan 2 sudu besar minyak masak. Gaulkan sebati dan adun dengan menggunakan tangan sehingga tekstur kukuh.
- Bentukkan seperti cincin dan sejukkan ke dalam peti sejuk selama sejam (anda juga boleh membuat ini lebih awal dan tinggalkan di dalam peti sejuk sehingga tiba masa untuk menggoreng)
- Panaskan minyak untuk menggoreng, dan goreng secara deep fried adunan itu sehingga menjadi coklat keemasan, angkat dengan cermat dan letakkkan ketepi.
- Untuk membuat soun rangup, sebarkan sedikit sebelum memasukkan soun kedalam kuali panas. Soun akan mengembang dengan serta merta. Angkat dan keringkan minyak di atas penapis.
- Untuk inti Kong Po, perap Pilihan Steamboat 6-dalam-1 MUSHROOM dengan sos perapan yang terdiri dari sos soya, garam, lada sulah, minyak dan tepung jagung.
- Untuk memasak inti, panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bawang putih yang telah dicincang dan bawang merah sehingga wangi. Tambahkan Pilihan Steamboat 6-dalam-1 MUSHROOM yang telah diperap , cili kering dan lada benggala hijau.
- Tambahkan kicap cair, sos tiram, kicap pekat, gula, cuka hitam dan air. Masak sehingga sos memekat.
- Akhir sekali, tambahkan Sashimi Snow Crab MUSHROOM, daun bawang dan kacang gajus panggang. Gaulkan dan lambungkan untuk memastikan semua ramuan dipanaskan dengan serata.
- Pindahkan inti kong po ke dalam cincin keladi dan hidangkan panas.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.