Gegulung Keju BBQ Crabstick

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 15 minit
Sajian untuk: 3

Bahan-bahan

1 sudu besarminyak
2 bijibawang merah, dihiris nipis
½ sudu tehserbuk bawang putih
300 gCrab Stick MUSHROOM, dicabik
¼ cawansos BBQ (homemade atau dibeli)*
3 sudu tehdaun kucai segar , dihiris nipis
3roti tortilla
½ cawancampuran keju cheddar dan Colby
Sos BBQ Homemade:
70 ggula perang
110 mlsos tomato
35 mlcuka epal
35 mlair
1 sudu tehsos Worcestershire
1 sudu tehmustard kering
½ sudu tehserbuk paprika
1 sudu tehgaram
1 sudu tehlada hitam
½ sudu tehsos cili tabasco

Untuk menyediakan sos BBQ homemade, campurkan kesemua bahan-bahan dan kisar sehingga tekstur menjadi halus

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan sesudu minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang sehingga layu, tambahkan serbuk bawang putih dan Crab Stick MUSHROOM.
  2. Tumiskan selama beberapa minit kemudian alihkan dari api dan masukkan sos bbq dan daun kucai. Kacau sebati.
  3. Letakkan 1/3 dari campuran bbq ke tengah roti tortilla dan taburkan sedikit keju kemudian balutkan seperti popiah. Ulangi dengan 2 lagi baki roti tortilla.
  4. Letakkan kesemua 3 gulungan crab stick ke atas dulang pembakar dan taburkan baki keju ke atas gulungan.
  5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 160°C selama 10 minit atau sehingga kesemua keju cair dan bewarna perang keemasan.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author