Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 10 minit
Sajian untuk: 2
Bahan-bahan
4 | cendawan Portobello | |
---|---|---|
2 helai | daun salad | |
6 keping | tomato, dihiris | |
6 keping | timun Jepun, dihiris | |
20 g | mentega | |
Burger Ayam: | ||
20 g | mentega | |
35 g | bawang kuning, dipotong dadu | |
250 g | ayam kisar | |
9 g | serbuk roti | |
9 g | telur QL Omega | |
Sedikit sos Worcestershire | ||
Garam dan lada hitam secukup rasa | ||
Coleslaw Crabstick: | ||
100 g | Imitation Crab Stick MUSHROOM | |
20 g | mayonis |
Langkah Penyediaan
- Untuk menyediakan burger ayam, dalam pan, cairkan mentega dan tumis bawang sehingga lembut. Ketepikan dan biarkannya menyejuk.
- Dalam mangkuk, campurkan semua bahan burger ayam dan bahagikan kepada 2 bola. Bentukkannya bebola kepada bentuk burger.
- Dalam kuali, cairkan mentega dan goreng burger ayam sehingga masak.
- Dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 180°C, bakar cendawan Portobello untuk 10 minit.
- Untuk menyediakan coleslaw, hiriskan Imitation Crab Stick MUSHROOM. Tambahkan mayonis dan gaul sebati.
- Untuk menyediakan burger, pertama sekali, letak cendawan Portobello diikuti dengan daun salad, tomato, timun, burger ayam, coleslaw dan tutup burger dengan cendawan Portobello. Hidangkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.