QL Kitchen selalu membawa kepada anda resepi mudah yang sesuai bila-bila masa saja. Kami juga berkongsi petua dan idea untuk menyediakan produk kami yang berkualiti lagi berkhasiat. Minggu ini, kami membawa kepada anda salah satu cara untuk memasak Tauhu Ikan QL MUSHROOM yang kreatif lagi lazat. Ia cuma memerlukan masa penyediaan kurang daripada 30 minit dan seisi keluarga anda tentu akan menggemarinya!
Hidangan sesuai sebagai hidangan pembuka, ataupun dijamu bersama nasi. Jaga-jaga, hidangan ini yang memikat hati mampu membuat anda menikmatinya tanpa jemu.
Bahan-bahan
1 | paket Tauhu Ikan QL MUSHROOM (180 gm), dinyahbeku dan dikeringkan | |
---|---|---|
1 sudu teh | serbuk cili | |
1/4 sudu teh | serbuk lada sulah | |
1/4 sudu teh | garam | |
2 sudu besar | tepung jagung | |
Minyak masak untuk menggoreng | ||
Sos: | ||
2 sudu besar | mentega | |
200 ml | susu sejat | |
4 | ulas bawang putih, dicincang | |
4 | tangkal daun kari | |
4 | batang cili padi, dipotong | |
1 sudu besar | gula (atau secukup rasa) | |
Garam dan lada secukup rasa | ||
Campuran pemekat (gaul bersama): | ||
1/2 sudu teh | tepung kanji jagung | |
2 sudu besar | air |
Langkah Penyediaan
- Campurkan serbuk cili, serbuk lada sulah, tepung jagung dan garam dengan sebati dalam mangkuk serderhana.
- Salutkan Tauhu Ikan QL MUSHROOM dengan lapisan campuran (dari langkah pertama) yang nipis.
- Panaskan minyak di dalam kuali kecil atau sederhana, dan gorengkan tauhu ikan selama 2 – 3 minit sehingga perang keemasan. Keringkan minyak yang berlebihan dengan kertas tuala.
- Untuk menyediakan sos, cairkan mentega di dalam kuali sos dan tumiskan bawang putih bersama dengan daun kari hingga wangi. Kemudian, tambahkan cili padi dan gaul serata.
- Tuangkan masuk susu sejat dan campuran pemekat, gual serata dan biarkan mereneh atas api rendah sederhana selama 1 minit. Tambahkan gula, garam dan lada, kacau dan biarkan mendidih. Matikan api setelah ianya mendidih.
- Tuangkan sos ke atas tauhi ikan goreng. Hidangkan dengan serta-merta.
Petua QL Kitchen
Anda boleh mengubah tahap kemanisan mengikut cita rasa anda. Tingkatkan tepung kanji jagung ke 1 sudu teh jika anda lebih gemari sos yang lebih pekat.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.