Menyediakan sarapan untuk si manja anda kadangkala amat mencabar. Bukannya senang untuk menambat hati kanak-kanak. Sebagai ibu bapa, kami sentiasa bimbang jika mereka memperolehi nutrisi yang mencukupi dari makanan mereka. Minggu ini, QL Kitchen membawa kepada anda resepi muffin pisang yang senang dan sesuai sebagai sarapan yang lazat dan mengenyangkan perut. Ia juga tambahan yang baik kepada bekalan makan tengah hari si manja anda.
Diperbuat dari telur QL Omega, tepung, pisang, kacang walnut, kismis dan bahan-bahan lain, muffin ini kaya dengan lemak asid omega, serat dan nutrien.
Kami lebih suka menggunakan pisang emas untuk resepi muffin pisang ini kerana ianya penuh dengan rasa dan harum aromanya. Akan tetapi, anda juga boleh menggunakan pisang yang lain seperti Cavendish atau Berangan jika anda suka. Anda juga bebas untuk menambah oat atau kacang yang lain jika anda menggemarinya, untuk kebaikan tambahan.
Bahan-bahan
300 g | pisang yang masak, sebaik-baiknya pisang emas |
---|---|
100 g | mentega, dicairkan dan dibiar sejuk |
150 g | gula kastor |
2 | biji telur QL Omega, dipukul |
230 g | tepung biasa |
100 g | kacang walnut, dipotong kasar |
50 g | kismis |
1 sudu teh | serbuk penaik |
1/2 sudu teh | baking soda |
1/4 sudu teh | garam |
1/2 sudu teh | serbuk kayu manis |
1 sudu teh | esen vanila |
Langkah Penyediaan
- Panaskan ketuhar kepada 180 C. Alaskan tin muffin dengan cawan muffin kertas atau susunkan cawan muffin kertas atas tin pembakar.
- Kupaskan kulit pisang dan lecekkan serata dengan menggunakan potato masher.
- Ayakkan tepung dengan serbuk penaik, baking soda, serbuk kayu manis dan garam. Gabungkan campuran tepung tersebut dengan kacang dan gaul serata di dalam mangkuk yang besar.
- Dalam mangkuk yang lain, campurkan pisang yang telah dilecek, telur, mentega cair dan esen vanilla. Pukul dengan pemukul dawai atau sudu kayu hingga sebati.
- Hasilkan lengkukan di tengah campuran tepung dan tuangkan campuran pisang.
- Lipatkan masuk dan gaulkan campuran dengan sudu kayu. Taburkan kismis dan gaul seketika hingga sebati. Elakkan dari menggaul campuran tersebut berlebihan untuk mengelakkan muffin menjadi terlalu kenyal.
- Sudukan canpuran ke dalam cawan muffin hingga 2/3 penuh.
- Bakar selama 25 – 30 minit atau sehingga masak di mana licin bersih bila dicucuk dengan lidi.
- Keluarkan muffin dari ketuhar dan biarkan sejuk atas rak dawai.
Petua QL Kitchen:
- Untuk aroma dan kerangupan tambahan, anda boleh memanggang kacang walnut di dalam ketuhar selama 8 – 10 minit (180 C) kemudian biarka sejuk sebelum dipotong.
- Gula perang boleh digunakan untuk menggantikan gula kastor.
- Kacang mungkin berbahaya bila dimakan oleh kanak-kanak yang masih kecil, jadi anda boleh mengecualikannya dari resepi jika suka.
- Muffin ini boleh disimpan di dalam bekas kedap udara selama 3 hari.
Telur QL Omega boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.