Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 15 minit
Menghasilkan: 30 cookie
Bahan-bahan
| 10 g | tepung jagung |
|---|---|
| 25 g | tepung susu |
| ¼ sudu teh | serbuk penaik |
| 40 g | badam kisar |
| 110 g | mentega |
| 35 g | gula |
| 2 biji | kuning telur QL Omega |
| 120 g | tepung gandum |
| 1 sudu teh | sirap ros merah |
| ½ sudu teh | esen ros |
| ¼ sudu teh | pewarna merah |
| 1 biji | putih telur QL Omega |
| Gula haisan berbentuk hati, sebagai hiasan |
Langkah Penyediaan
- Panaskan ketuhar pada suhu 160°C. Di dalam satu mangkuk, ayakkan tepung jagung, tepung gandum, tepung susu dan serbuk penaik. Tambahkan badam kisar dan gaul rata.
- Dengan pemukul elektrik, krimkan mentega dan gula selama 3 minit atau sehingga gebu.
- Seterusnya, tambahkan kuning telur QL Omega dan pukul sehingga sebati.
- Tambah campuran tepung, dan adunkan sehingga adunan terbentuk.
- Masukkan sirap ros merah, esen ros dan pewarna merah.
- Leperkan adunan di atas permukaan yang ditaburkan dengan tepung dan gunakan pemotong biskut yang berbentuk bunga untuk potong. Setelah dipotong, pindahkan ke atas dulang pembakar dengan kertas minyak.
- Sapu permukaan atas biskut dengan putih telur QL Omega dan taburkan sedikit gula hiasan berbentuk hati.
- Bakar biskut pada suhu 160°C selama 18 minit. Keluarkan selepas membakar dan biarkannya menyejuk di atas rak dawai. Simpan dalam bekas kedap udara.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.










