Donut Klasik Gebu QL Eggs

Masa penyediaan: 2 jam
Masa menyejuk: 8 jam
Masa membakar: 20 minit
Menghasilkan: 20 biji

Bahan-bahan

500 gtepung
120 mlair suam
120 mlsusu suam
1 sudu besaryis segera kering
1 bijitelur QL Omega + 1 biji kuning telur QL Omega
4 sudu besargula
60 gmentega, dilembutkan
secubit garam
1L - 2Lminyak untuk menggoreng
Untuk Perhiasan
gula aising
Ganache coklat

Langkah Penyediaan

  1. Di dalam mangkuk, campurkan ¾ cawan tepung bersama gula, susu, air, yis, telur QL Omega dan garam.
  2. Di dalam mesin mixer, gunakan pengacau adunan. Adunkan adunan pada kelajuan perlahan sehingga sebati.
  3. Tambahkan mentega lembut sedikit hingga sedikit sehingga sebati. Tambahkan baki ¼ cawan tepung sedikit untuk menghasilkan bebola adunan yang lembut.
  4. Adunkan adunan untuk 5-7 minit sehingga lembut, bersinar dan sedikit melekit.
  5. Keluarkan adunan dari mesin dan adunkan dengan tangan selama beberapa minit sehingga ia menjadi bebola adunan yang licin.
  6. Letakkan adunan di dalam mangkuk besar yang disapu dengan minyak dan tutupkannya dengan baik.
  7. Biarkan adunan rehat pada tahap suhu bilik sehingga ia dua kali ganda saiznya (lebih kurang sejam) atau dalam peti sejuk selama 8 jam atau semalaman.
  8. Untuk merehatkan adunan pada tahap suhu bilik, lepaskan udara dari adunan dengan cermat dan sejukkan dalam peti sejuk semalaman.
  9. Letakkan adunan pada permukaan yang bertepung dan gulingkan kepada ketebalan ½ inci.
  10. Potong dengan pemotong donut kepada donut berdiameter 3 hingga 3½ inci.
  11. Letakkan donut dan lubang donut kepada dulang tin yang beralas dengan kertas parchment. Adunkan baki adunan dengan ringan dan biarkkannya rehat selama 30 minit. Ulangi langkah 10 sehingga adunan habis.
  12. Tutupkan donut yang telah dipotong dan biarkannya selama 1 jam.
  13. Panaskan minyak di dalam kuali, dan masukkan donut dengan cermat. Goreng sehingga perang keemasan (30-45 saat) dan terbalikkannya. Teruskan menggoreng sehingga ia perang keemasan.
  14. Alihkan donut kepada rak dawai untuknya menyejuk.
  15. Taburkan gula aising ke atasnya atau celupkannya dalam ganache coklat sebelum menyaji.

Petua Chef

  1. Warna donut akan menjadi gelap bila ia menyejuk, jadi elakkan dari menggoreng terlalu lama.
  2. Merehatkan donut semalaman akan menghasilkan rasa yang lebih enak dan lebih mudah dikendalikan bila disejukkan.

About the author