Masa penyediaan: 2 jam
Masa menyejuk: 8 jam
Masa membakar: 20 minit
Menghasilkan: 20 biji
Bahan-bahan
500 g | tepung | |
---|---|---|
120 ml | air suam | |
120 ml | susu suam | |
1 sudu besar | yis segera kering | |
1 biji | telur QL Omega + 1 biji kuning telur QL Omega | |
4 sudu besar | gula | |
60 g | mentega, dilembutkan | |
secubit garam | ||
1L - 2L | minyak untuk menggoreng | |
Untuk Perhiasan | ||
gula aising | ||
Ganache coklat |
Langkah Penyediaan
- Di dalam mangkuk, campurkan ¾ cawan tepung bersama gula, susu, air, yis, telur QL Omega dan garam.
- Di dalam mesin mixer, gunakan pengacau adunan. Adunkan adunan pada kelajuan perlahan sehingga sebati.
- Tambahkan mentega lembut sedikit hingga sedikit sehingga sebati. Tambahkan baki ¼ cawan tepung sedikit untuk menghasilkan bebola adunan yang lembut.
- Adunkan adunan untuk 5-7 minit sehingga lembut, bersinar dan sedikit melekit.
- Keluarkan adunan dari mesin dan adunkan dengan tangan selama beberapa minit sehingga ia menjadi bebola adunan yang licin.
- Letakkan adunan di dalam mangkuk besar yang disapu dengan minyak dan tutupkannya dengan baik.
- Biarkan adunan rehat pada tahap suhu bilik sehingga ia dua kali ganda saiznya (lebih kurang sejam) atau dalam peti sejuk selama 8 jam atau semalaman.
- Untuk merehatkan adunan pada tahap suhu bilik, lepaskan udara dari adunan dengan cermat dan sejukkan dalam peti sejuk semalaman.
- Letakkan adunan pada permukaan yang bertepung dan gulingkan kepada ketebalan ½ inci.
- Potong dengan pemotong donut kepada donut berdiameter 3 hingga 3½ inci.
- Letakkan donut dan lubang donut kepada dulang tin yang beralas dengan kertas parchment. Adunkan baki adunan dengan ringan dan biarkkannya rehat selama 30 minit. Ulangi langkah 10 sehingga adunan habis.
- Tutupkan donut yang telah dipotong dan biarkannya selama 1 jam.
- Panaskan minyak di dalam kuali, dan masukkan donut dengan cermat. Goreng sehingga perang keemasan (30-45 saat) dan terbalikkannya. Teruskan menggoreng sehingga ia perang keemasan.
- Alihkan donut kepada rak dawai untuknya menyejuk.
- Taburkan gula aising ke atasnya atau celupkannya dalam ganache coklat sebelum menyaji.
Petua Chef
- Warna donut akan menjadi gelap bila ia menyejuk, jadi elakkan dari menggoreng terlalu lama.
- Merehatkan donut semalaman akan menghasilkan rasa yang lebih enak dan lebih mudah dikendalikan bila disejukkan.