Salad Sashimi Snow Crab dengan Sos Dressing Berkrim

Resepi Salad Sashimi Snow Crab ini adalah tambahan yang sesuai kepada hidangan utama seperti pasta Bolognese. Daging ketam yang lebut dan mudah dikunyah memberi kontras kepada daun-daun salad yang ranggup. Kita hanya memerlukan 5 – 10 minit untuk penyediaan, sesuai sementara menantikan hidangan utama kita siap dimasak.

Sos (dressing) buatan sendiri memang enak dan hanya memerlukan 5 minit untuk menyediakannya.  Sekiranya masa tak mengizinkan, gunakan mana-mana sos atau dressing yang sedia ada dan anda sudah sedia untuk menikmati salad yang segar, ranggup dan enak ini. Sedikit perahan jus lemon juga akan menambahkan keenakan rasa resepi salad ini.

Masa penyediaan: 10
Masa memasak:
Sajian untuk: 4 -5

Bahan-bahan

130 gQL Mushroom Sashimi Snow Crab, seluruh atau dicabik
1 packetdaun salad sedia dimakan
1lada Banggala, dipotong menjadikan bulatan (ring)
2 potongan (wedges) lemon
2 sudu besarmayonis
1 sudu besarbiji bijan, dipanggang dan dikisar
1 sudu tehkicap cair
1 sudu tehminyak bijan
½ sudu besarcuka untuk Salad
2 sudu tehgula (secukup rasa)

Langkah Penyediaan

  1. Campurkan bahan-bahan untuk sos (dressing) sehingga semuanya sebati. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 -30 minit.
  2. Masukkan daun salad dan lada Banggala ke dalam mangkuk kaca yang sesuai. Taburkan QL Mushroom Sashimi Snow Crab ke atas daun salad.
  3. Perahkan jus lemon dan curahkan sedikit demi sedikit dressing salad yang sejuk ke atas daun salad dan QL Mushroom Sashimi Snow Crab.
  4. Hidangkan serta merta dengan pasta Bolognese atau hidangan utama pilihan anda.

PETUA QL KITCHEN:

  • Sos (dressing) boleh disediakan lebih awal lagi dan disimpan dalam peti sejuk di dalam bekas atau botol sehingga 3 hari.
  • Kisarkan biji bijan sejurus sebelum digunakan untuk mendapatkan rasa yang terbaik dan segar

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

About the author